Monday 14 February 2011

Lawatan YB Dato Sri Shabery Cheek‏

Di panjangkan surat dari wakil BPN

Salam semua,

YB Dato Sri akan tiba di Manchester pada 20hb Februari (Ahad) untuk menghadiri kejohanan UCI Track Cycling World Cup Classics 2010-2011 dan kemudian akan mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia serta Penyerahan Sumbangan Sekolah Malaysia pada jam 6pm di sana. Butiran/alamat untuk tempat akan saya maklumkan setelah mendapat kepastian daripada KUSMA. Sekolah-sekolah yang akan meneri sumbangan setakat ini adalah:

1) Birmingham, 2) Coventry, 3) Edinburgh, 4) Glasgow, 5) Hull, 6) Manchester, 7) Newcastle, 8) Sheffield, 9) Southampton

Cawangan yang terlibat sila maklumkan secara lisan kepada pengetua sekolah masing-masing untuk hadir ke Manchester pada tarikh/masa di atas. Saya akan susuli dengan email rasmi kepada mereka dengan maklumat/butiran lanjut.

Untuk program di Scotland, setakat ini confirm perjumpaan bersama warga Malaysia di Edinburgh pada 21hb Februari (Isnin) bermula jam 6pm. Kelab UMNO Edinburgh akan mendapatkan beberapa cadangan untuk venue untuk saya maklumkan kepada semua nanti.

Akhrinya, Dato Sri akan melancarkan Kelab Penyokong Olimpian Malaysia 2012 di Malaysia Hall, London pada 23hb Februari (Rabu) juga bermula jam 6pm.

Sebarang tambahan maklumat lagi akan saya bagi update.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Followers