Saturday, 26 February 2011

LAWATAN Y.B. DATO SRI AHMAD SHABERY CHEEK KE GOVANHILL

Salam,

Alhamdullilah majlis lawatan Y.B. Dato` Sri Ahmad  Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan ke Glasgow umumnya dan Govahill khususnya berjalan dengan jayanya semalam.
Turut mengiring Y.B. Menteri ialah Dato' Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Pewakilan Puteri UMNO Malaysia, wakil UTUSAN dan juga wakil RTM. Di kesempatan ini pihak Kelab UMNO Glasgow (KUG) ingin merakamkan sekalung perhargaan kepada pihak-pihak berikut :

1. Sdr Dzariman bin Ibrahim, Pengerusi Badan Perhubungan Negara dan Sdr Dzuhair bin Hanafiah, Timbalan Pengerusi Kelab Umno London
2. En. Khairul Azmi dan Pn. Asmaheram selaku tuan rumah (Pengetua Sekolah Malaysia Glasgow)
3. En. Nordin Mamat selaku juruacara majlis

Terimakasih juga kepada Sdr Dr. Nukman, Pengerusi KMG dan Sdr Khairul Ariffin yang membuat liputan secara langsung melalui interaktif Nur Ramadhan . Tidak dilupakan juga, kepada Puan Zureda Ibrahim ( mantan N.Pengerusi KUG) yang turut menjayakan majlis kelmarin.
 Sebelum mengundur diri, izinkan kami menjual sebaris pantun,

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau

 

 Pra-majlis di Kebabish, menunggu ketibaan VIP.

   Dato' Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang (baju kuning) bersama AJK KUG.

Y.B Menteri di rumah En. Khairul Azmi & Pn. Asmaheram.

Y.B Menteri bersedia untuk ke Edinburgh bagi majlis seterusnya.






No comments:

Post a Comment

Followers